Tuesday, 6 December 2011

PENGELOLAAN KEJOHANAN / SISTEM PERTANDINGAN

PENGELOLAAN KEJOHANAN / SISTEM PERTANDINGAN
i.  Pertandingan Kalah Mati
Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan
terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir. Sistem ini sangat sesuai
dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi
kekurangan masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan
sumber manusia. Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan
sesuatu pasukan atau peserta.

a. Kelebihan
•Boleh dijalankan                dalam masa yang singkat;
•Cepat memilih pemenang;
•Boleh dijalankan dengan peralatan yang terhad;
•Seronok untuk ditonton; dan
•Penyertaan ramai.

b. Kelemahan
•Pasukan yang menjadi johan, boleh jadi bukan yang  benar-benar
terbaik;
•Separuh daripada pasukan akan terkeluar selepas pusingan pertama;
dan
•Kemungkinan ada antara pemain dari pasukan yang kalah langsung
tiada peluang bermain.

Cara mengira bilangan pasukan atau
peserta menunggu (bye). Bilangan
menunggu (bye) dalam sistem
pertandingan ini boleh dikira dengan
menggunakan angka ganda dua iaitu
angka  2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya.

Contoh 7 pasukan yang bertanding.
Angka yang lebih dari 7 ialah 8.  Maka 8
tolak 7 ialah 1. Cara ini bermakna ada 1
pasukan menunggu (bye).  Carta untuk
sistem kalah mati ialah seperti berikut:

ii.  Pertandingan Liga
Merupakan satu-satunya pertandingan yang sesuai dijalankan sekiranya
pertandingan itu bertujuan memilih pasukan yang terbaik. Perkara-pekara
yang perlu diambil perhatian :
 • Masa yang mencukupi;  
 • Kewangan yang ada;
 • Bilangan pengadil; dan  
 • Kemudahan dan peralatan yang ada.

Pertandingan boleh dijalankan dalam
• Liga satu pusingan; dan
• Liga berkumpulan;

CONTOH MENYEDIAKAN CARTA KEPUTUSAN PETANDINGAN

       Liga Satu Pusingan

st.JPG
st2.JPG

No comments:

Post a Comment

Followers