a.Ukuran gelanggang
Berukuran 13.4 x 6.1m dan bebas dari sebarang halangan setinggi 8m dari
permukaan lantai ( gelanggang pasir dan rumput tidak digalakan).
b.Garisan Gelanggang
Lebar semua garisan gelanggang tidak boleh melebihi 0.04m dan dilukis hala-
dalam dari penjuru ukuran gelanggang. Semua garisan hendaklah dilukis
sekurang-kurangnya 3.0m dari sebarang halangan.
c.Garisan Teras
Garisan selebar 0.02m yang membahagikan gelanggang kepada 2 bahagian
yang sama besar.
d.Garisan Suku Bulatan
Pada pertemuan-silang antara garisan tengah dengan setiap garisan tepi,
garisan suku bulatan hendaklah dilukis dari garisan tepi ke ke garisan tengah
berjejari 0.9m diukur dan dilukis hala-keluar dari jejari 0.9m.
e.Bulatan Sepak Mula
Bulatan sepak mula berjejari 0.3m hendaklah dilukis pada petak kiri dan kanan
gelanggang, yang mana pusatnya ialah 2.45m dari garisan belakang gelanggang,
4.25m dari garisan tengah gelanggang dan 3.05m dari garisan tepi. Garisan
0.04m ini hendaklah diukur dan dilukis hala keluar dari jejari 0.3m.
TIANG
a.Ukuran tiang
Tiang mestilah menpunyai ketinggian 1.55m (1.45m untuk wanita) dari
permukaan gelanggang dan hendaklah teguh untuk mengekalkan
ketegangan jaring. Tiang hendaklah diperbuat dari bahan yang teguh dan
jejarinya tidak boleh melebihi 0.04m.
b.Kedudukan tiang
Tiang hendaklah didirikan atau ditempatkan 0.3m dari garisan tepi dan
sebaris dengan garisan teras.
JARING
a. Jaring hendaklah diperbuat dari tali biasa atau nylon yang halus dengan
siratan berukuran di antara 0.06m hingga 0.08m. Jaring hendaklah 0.7m
lebar dan tidak melebihi 6.10m panjang dan pada kedua-dua hujungnya
dilekatkan pita 0.05m dari bahagian atas hingga ke bawah dan hendaklah
dalam kedudukan sebaris dan menegak dengan garisan tepi. Pita ini
dinamakan pita sempadan.
b. Dibahagian atas dan bawah jaring hendaklah dilapik dengan pita 0.05m
yang diperkuat dengan benang atau nylon. Pita ini berfungsi sebagai
pengampu tali regangan. Setelah diregang, bahagian atas jaring hendaklah
1.42m tinggi di bahagian tengah gelanggang dan 1.45m di tiang.
i. 1.45m - ukuran di tepi tiang
ii. 1.42m - ukuran di bahagian tengah jaring
BOLA SEPAK TAKRAW
Berbentuk bulat dan mempunyai 12 lubang dengan 20 pertemuan silang. Bola
sepak takraw diperbuat dari satu lapis rotan atau fiber sintetik. Jika bola perbuat
dari rotan, lapisan tersebut mestilah mengandungi diantara 9 hingga 11 urat.
Ukuran garis lilitnya mestilah di antara 0.42m hingga 0.44m (0.43m hingga hingga
0.45m untuk wanita). Berat bola sebelum dimainkan hendaklah di antara 170gm
hingga 180gm (150gm hingga 160gm untuk wanita).
Rotan Fiber sintetik
3.4 PERALATAN DAN PAKAIAN
a. Pakaian dan kasut
1. Pakaian sukan yang sesuai dan berkasut.
2. Memakai kasut bertapak getah yang sesuai untuk aktiviti.
3. Berstoking.
b. Bola
1. Untuk pelajar darjah 3 dan 4 boleh menggunakan bola getah bersaiz 3
yang lilitannya 50 hingga 55 cm.
2. Pelajar darjah 5 ke atas boleh menggunakan bola sepak takraw yang sedia
ada.
No comments:
Post a Comment