Tuesday 6 December 2011

LATAR BELAKANG SUKAN SEPAK TAKRAW.

SEPAK TAKRAW


 LATAR BELAKANG SUKAN SEPAK TAKRAW.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN.
Sepak takraw adalah sejenis permainan antara dua pasukan atau regu yang dianggotai oleh 3 orang pemain bagi setiap regu. Dua regu yang bertanding di gelanggang dipisahkan oleh jaring berukuran sama seperti gelanggang badminton. Bola takraw pula pada asalnya diperbuat daripada rotan dan kini telah digantikan dengan penggunaan bola sintetik.
Sepak raga pula merupakan permainan menimang bola takraw dalam bulatan dengan menggunakan kaki atau kepala dan telah dimainkan semenjak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Dalam sejarah Melayu ada menceritakan tentang Raja Muhammad, Putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tajaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.
Di Malaysia, permainan ini disebut ‘sepak raga’, di Filipina ‘Sipa’ , di Burma ‘chinlone’, di Laos ‘kator’, dan di Thailand ‘takraw’. Permainan sepak takraw yang ada sekarang merupakan adaptasi permainan sepak takraw dan badminton. Pada tahun 1940an permainan ini telah dimainkan dengan menggunakan jaring dan mengikut system kiraan mata seperti badminton. Undang-undang dan peraturan awal permainan sepak raga jaring telah digubal dan disusun secara bertulis pada 15 April 1960 di Kuala Lumpur.
Sepak takraw mula dipertandingkan buat pertama kalinya di peringkat antarabangsa pada tahun 1965 di Sukan SEAP yang telah diadakan di Malaysia. Sebelum Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP menerima sukan ini, perbincangan yang hangat telah berlaku di antara wakil-wakil Malaysia dan Singapura dengan wakil-wakil dari Negara Thai dan Burma bagi membincangkan nama permainan ini. Akhirnya atas dasar bertolak ansur, Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP telah memutuskan bahawa permainan ini hendaklah dinamakan permainan SEPAK TAKRAW, iaitu gabungan perkataan ‘sepak’ dan ‘takraw’ menjadi satu perkataan.

Pada masa kini permainan sepak takraw telahpun mengalami evolusi. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh atlet lelaki tetapi dimainkan oleh atlet wanita.









No comments:

Post a Comment

Followers