Tuesday 6 December 2011

PERSEDIAAN & PERANCANGAN

PERSEDIAAN & PERANCANGAN


PERTIMBANGAN UNTUK LATIHAN

i.  Tahap murid:
Aktiviti sukan yang dijalankan perlu bersesuaian dengan tahap umur dan keupayaan murid.
ii.  Bilangan murid:
Guru harus mengetahui bilangan murid yang akan menyertai aktiviti ini
supaya dapat menyediakan peralatan yang mencukupi dan ruang latihan yang bersesuaian.
iii.  Langkah-Langkah Keselamatan:
Antara langkah keselamatan yang perlu diambil perhatian oleh guru ialah:
• Tahap  kesihatan murid;
• Memanaskan badan sebelum aktiviti dan gerak kendur dilakukan selepas aktiviti;
• Pakaian dan kasut yang sesuai dengan aktiviti; dan
iv.  Tempat Latihan yang sesuai dan selamat.
v.  Kemudahan peralatan dengan merancang jumlah dan jenis-jenis peralatan yang perlu seperti kon, bola segar dan tali. Peralatan dan kemudahan yang digunakan haruslah dalam keadaan baik dan selamat.
vi.  Masa latihan yang diperuntukan untuk aktiviti sukan adalah seperti berikut:
• Sekolah Rendah                60 minit/minggu
• Sekolah Menengah 90 minit/minggu
vii.  Guru perlu memahami bahawa:
• Murid  kurang menguasai kemahiran motor halus (fine motor skills);
• Pergerakan murid merupakan aksi keseluruhan tubuh badan                dengan
tumpuan kepada sasaran adalah minima;
• Murid mempunyai sumber tenaga yang rendah tetapi minat  yang mendalam;
• Murid  sedang membina  kordinasi dan masih kekok dalam pergerakan;
• Murid mendapat keseronokkan dari penyertaan;
• Aksi murid bukan secara automatik;
• Murid kurang pasti aksi   mana yang akan menghasilkan kemahiran yang akan berjaya;
• Murid menganggap setiap penerangan sebagai aspek penting,oleh itu kurangkan memberi
input lisan  yang banyak pada sesuatu masa;
• Murid  tiada gambaran berkenaan kemahiran baru;  dan kurang upaya menggunakan maklumbalas yang     efektif.

4.2 CONTOH 1 SESI LATIHAN
Permainan    : Sepak Takraw
Tarikh/ Masa    : 60 minit.
Kemahiran    : Sepak Sila
Alatan    : Bola Sepak Takraw, Wisel & Skitel

srt3.JPG
   srt2.JPGsrt.JPG


4.3 AKTIVITI MEMANASKAN BADAN
i.  Tujuan aktiviti memanaskan badan adalah:
• meningkatkan suhu badan (faktor utama untuk tingkatkan prestasi);
• merangsang aktiviti CNS (meningkatkan fungsi transmisi saraf
- kontraksi otot menjadi lebih cepat,lebih kuat);
• mengurangkan  masa reaksi motor;dan meningkatkan koordinasi;
• mengurangkan  risiko kecederaan dan meningkatkan tahap motivasi serta persediaan psikologi.

4.4 AKTIVITI GERAK KENDUR
i.  Selepas aktiviti intensiti tinggi (latihan/pertandingan) terdapat jumlah darah
yang banyak  menuju ke jantung.
ii.  Jangan berhenti bergerak secara tiba-tiba kerana ini akan menyebabkan
pengumpulan darah di vena hujung kaki dan tangan. Ianya juga boleh
mengganggu peredaran darah ke jantung, otak dan otot.
iii.  Pergerakan perlahan selama 5-10 minit (jalan, aktiviti aerobik intensiti rendah)
boleh membantu menggalakkan peredaran darah – elak pening/pengsan.
Ini diikuti dengan senaman regangan (regangan statik).
iv.  Masa ini paling baik untuk senaman regangan kerana:
• kebolehan otot memanjang yang  maksimum; dan membantu kurangkan edema serta asid laktik.




                                               








No comments:

Post a Comment

Followers