Tuesday 6 December 2011

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN

SEPAK TAKRAW

Logo Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM)


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN

1.        Bilangan pemain seramai 3 orang setiap regu.
• Salah seorang pemain berada di belakang dinamakan tekong.
• Dua orang lagi berada di hadapan,seorang di sebelah kiri (Apit Kiri) dan seorang di sebelah kanan(Apit Kanan).
• Pemain boleh bertukar posisi semasa permainan dijalankan.

2.        Sistem kiraan mata.
• Bila perkara batal dilakukan oleh sama ada bahagian sepak mula atau menerima sepak mula, satu mata akan diberi kepada pihak lawan termasuk melakukan sepak mula seterusnya.
• Mata kemenangan maksima untuk setiap set ialah     21 mata.
• Permainan dijalankan di dalam 2 set dengan 2 minit rehat antaranya.
• Apabila kedudukan pada mata 20-20, penggunaan   mata syiling 25 dijalankan. Kemenangan ditentukan dengan perbezaan 2 mata sehingga mata 25.
• Jika masing-masing regu memenangi 1 set, permainan akan ditentukan di dalam set ketiga yang dinamakan ‘Tie Break’ dengan 15 mata.
• Sebelum Pusingan ‘tie Break’ bermula, pengadil akan membuat undian dan pasukan yang memenangi undian akan membuat sepak mula. Tukar petak akan berlaku apabila satu regu mencapai 8 mata.

3.  Memulakan Permainan.
• Sepak mula akan dilakukan bagi setiap mata yang diperolehi.
• Mata akan diperolehi apabila bola dimatikan di gelanggang lawan.
• Apabila berlaku kesalahan atau batal pihak lawan akan mendapat mata.
Antara kesalahan:
a.  Melanggar jaring dan tiang.
b.  Menggunakan tangan.
c.  Mengawal bola lebih dari 3 sentuhan.
d.  Bermain dengan cara berbahaya.
e.  Mana-mana pemain yang membaling bola untuk sepak mula dengan
mengangkat kaki ,memijak garisan atau tangan melepasi jaring atau
menyentuh jaring semasa campakkan dibuat.
f.  Mana-mana bahagian anggota pemain yang memasuki kawasan lawan
sama ada di atas atau di bawah jaring.





































5 comments:

  1. Pertanyaan soalan 3(e) itu ...macam mana kalau bola sudah jatuh permain atau pihak lawan menyentuh jaring itu di kira batal juga...

    ReplyDelete
  2. Terima kasihh. Siap kerja rumah PJPK saya

    ReplyDelete

Followers